Wednesday, 10 July 2019

Seri Iskandar Bandar Ilmu l Peta Seri Iskandar


Seri Iskandar 'Bandar ilmu'

Saya melihat Seri Iskandar sebagai sebuah pekan yang sedang membangun, tenteram, tidak hiruk piķuk, dan adanya institusi ilmu telah mengangkat Seri Iskandar sebagai "Bandar Ilmu "  
-INANG-

Serba sedikit tentang Seri Iskandar. Ramai guest yang datang dari jauh, tertanya tanya Seri Iskandar ni dekat tak dengan Ipoh? Pekan yang dekat dengan Seri Iskandar? Meh, saya cerita sikit.

Seri Iskandar ialah sebuah bandar yang terletak di daerah Perak Tengah, Perak.

📍Lokasi Strategik
10 km from Bota
10 km from Tronoh
17 km from Parit
40 km from Ipoh
40 km from Sitiawan.

Pekan Bota & Tronoh adalah yang terhampir dengan Seri Iskandar. 

Bandar Ilmu?
Ya, ada banyak institusi pendidikan & sekolah di kawasan ini. 
Universiti Teknologi Petronas (UTP) & UiTM Seri Iskandar menaikkan reputasi Seri Iskandar sebagai Bandar Ilmu. 

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) and Kolej Professional MARA pun ada tau. 


Lihat peta ni, Seri Iskandar ni antara lebuhraya Ipoh & Lumut


Selalu tertanya, kenapa labu? Kenapa tak sesuatu yang berkait dengan Ilmu? Well, must be a reason behind this 
Labu ni  di simpang utama sebelum masuk ke kawasan Puncak Iskandar ya.

Jika dari Ipoh, Labu ni sebelah kanan, UiTM Seri Iskandar sebelah kiri.
Ok, semoga korang dapat gambaran sedikit tentang lokasi Seri Iskandar.



INANG🌱




No comments:

Post a Comment

4 Bilik & 4 Bilik Air INANG Homestay I Deco & Kenangan

Master Bedroom Suasana di dalam Master Bedroom yang cozy dan moden ini memberi rasa tenang & istimewa kepada tetamu INANG Homesta...